Tuesday, 5 September 2017

PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN KEMBALI BAHASA MALAYSIA

ISI KANDUNGAN
NO.
TAJUK
MUKA SURAT
1
PENGENALAN
1
2
KESAN PENGGUNAAN BAHASA ROJAK
2
3
PERANAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA
3-4
4
KESIMPULAN
4
5
LAMPIRAN
5-9
6
RUJUKAN
10


 PENGENALAN

Penggunaan bahasa rojak sudah menjadi amalan di kalangan rakyat Malaysia. Akhir-akhir ini, kebanyakan rakyat Malaysia terlalu leka dengan penggunaan bahasa rojak sehinggakan menjadi kebiasaan bagi mereka untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian mereka tanpa menghiraukan kesan buruk yang akan berlaku terhadap bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Malaysia. Kita sebagai pelajar khususnya rakyat Malaysia seharusnya menjaga atau menyanjungi bahasa ibunda kita sendiri, kerana kalau tidak kita yang memeliharanya, siapa lagi yang seharusnya menjaga bahasa kebangsaan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu.
Pada tahun 2020, Malaysia dijangka menjadi sebuah Negara yang maju, meninggalkan statusnya sebagai sebuah Negara yang membangun. Espek pembangunan ini banyak bersandarkan kepada perkembangan fizikan dan terlalu sedikit kepada asas-asas jiwa dan penjiwaan kualiti hidup dan jati diri bangsa yang sejak kebelakangan ini mempunyai banyak persaingan daripada pengaruh luar seperti pengaruh barat dan sebagainya.

Unsur-unsur ini tidak semestinya membina jati diri atau bangsa yang dikehendaki kerana proses yang ada pada masa itu adalah proses yang paling sesuai yang dipanggil osmosis, merujuk nilai kuat lagi berpengaruh menyedut nilai lemah yang kurang berpengaruh. Salah satu yang bakal disebut melalui proses osmosis itu nanti ialah menerusi mencabulan bahasa, kebudayaan dan cara hidup yang mencorakkan sifat kemelayuan mereka.
Menurut Kamus Pelajar, melestarikan bermakna membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal seperti sediakala. Sejak kebelakangan ini, ramai orang malu untuk menggunakan bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Melayu. Ini menjejaskan imej negara kita kerana Bahasa Melayu adalah bahasa nasional kita.




KESAN PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

Gejala bahasa rojak sememangnya meninggalkan impak negatif yang semakin ketara. Antara impak penggunaan bahasa rojak ialah melahirkan genarasi muda yang tidak menguasai bahasa Melayu dengan betul sepenuhnya. Fenomena ini akan memperlihatkan situasi masyarakat yang tidak menyusun perkara yang mahu diungkapkan dengan matang dan seolah-olah kelihatan tidak serius. Impaknya, gejala ini secara tidak langsung akan menghakis ketulenan bahasa Melayu secara perlahan-lahan dalam kalangan masyarakat.

 - Menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik.
- Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.
 - Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.
 - Menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.
- Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang. Bahasa Melayu adalah warisan karya yang menandai ketinggian pemikiran dan estetika bangsa kita.
negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik
- Menurunkan kedudukan bahasa Melayu.
- Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.
- Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.
- Pembelajaran dalam bahasa Melayu di sekolah terjejas sehingga mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.
- Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang.






PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN KEMBALI BAHASA MALAYSIA YANG BETUL.

Salah satu langkah yang harus dilakukan ialah mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana mahasiswa perlu bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Malaysia dalam semua bidang ilmu. Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Timbalan Menteri Pelajaran, beliau mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa ialah dengan menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Malaysia. Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut diberikan pujian. Minggu Bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Malaysia dalam kalangan generasi masa ini.
Sebagai seorang pelajar, antara cara-cara lain yang boleh kita lakukan untuk memartabatkan kembali bahasa Malaysia yang betul adalah dengan pendekatan kita sendiri sebagai individu yang mampu berkomunikasi dalam bahasa melayu yang betul tanpa ada sebarang campuran bahasa lain di sekolah mahupun dirumah. Dengan itu, kita dapat  menunjukkan bangganya kita terhadap bahasa kebangsaan kita. Kita juga harus menunjuk minat kita terhadap Bahasa Melayu dan sering melibatkan diri kita dalam aktiviti bahasa di rumah. Manakala jika di sekolah kita sebagai seorang pelajar harus berani dalam melibatkan diri dalam aktivit Bahasa. Misalanya aktiviti berpidato,berdebat dan juga bercerita.
Seterusnya, kita boleh melibatkan diri dalam komuniti seperti di sekolah atau badan-badan lain yang relevan. Contohnya di sekolah, kita boleh menimbulkan kesedaran tentang keistimewaan Bahasa Melayu dan bagaimana ia melambangkan jati diri Bahasa Melayu di dalam kelas. Kita juga perlulah mencadangkan program yang mampu memupuk minat berbahasa dalam diri pelajar. Contohnya, mengadakan bengkel Bahasa dan hari Bahasa. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam memupuk minat dalam berbahasa. Misalnya dengan mengadakan perbincangan secara berkumpulan.
Di samping itu, peranan pelajar dalam memartabatkan bahasa Malaysia ialah dengan memberi dorongan kepada pelajar antarabangsa untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang kepentingan bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian. Hal ini sekaligus dapat membantu Malaysia dalam meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dan secara tidak langsung,imej negara kita dipandang gah di persada dunia.




Akhir sekali, kita sebagai pelajar perlu rajin mempelajari bahasa Melayu kerana ia merupakan satu-satunya bahasa yang menyatukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Pelajar boleh menyemai minat dalam mempelajari bahasa Melayu melalui pelbagai cara yang berkesan seperti mendengar lagu Melayu. Di sekolah, pelajar boleh menimbulkan kesedaran tentang keistimewaan bahasa Melayu dan bagaimana ia melambangkan jati diri bahasa Melayu di kelas. Para pelajar boleh menjalankan program-program yang berkaitan dengan bahasa Melayu seperti bengkel mempromosikan bahasa Melayu dan kempen kesedaran tentang kepentingan bahasa Melayu. Aktiviti-aktiviti ini tentu dapat membantu para pelajar memartabatkan bahasa Melayu.



KESIMPULAN

Konklusinya,usaha-usaha yang konkrit dan berterusan perlulah diambil oleh mahasiswa untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Individu haruslah memanfaatkan masa mereka untuk mempelajari dan menguasai bahasa Malayu dengan baik. Oleh itu,semua pihak haruslah bersatu tenaga untuk memartabatkan darjat bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Natijahnya,marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal dan 'tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas'.

LAMPIRAN



















RUJUKAN








PENSYARAH: MOHD NOOR ZAIDI BIN ZAWAWI

AHLI KUMPULAN:·   
  WAN MUHAMMAD SAFWAN NIZAM BIN WAN ABD RAHIM (02DSB15F1042)
·         TUAN MOHAMMAD ASHROF BIN T MOHD TARMIZI (02DSB15F1016)
·         MUHAMMAD ABDUL HANAN BIN MAZLAN (02DSB15F1025)
·         MOHD RIDHWAN BIN MOHD HIDZIR (02DSB15F1032)
·         MOHAMAD ARIF ASYRAF BIN GHAZALI (02DSB15F1036)