ISI
KANDUNGAN
NO.
|
TAJUK
|
MUKA SURAT
|
1
|
PENGENALAN
|
1
|
2
|
KESAN PENGGUNAAN BAHASA ROJAK
|
2
|
3
|
PERANAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA
|
3-4
|
4
|
KESIMPULAN
|
4
|
5
|
LAMPIRAN
|
5-9
|
6
|
RUJUKAN
|
10
|
PENGENALAN
Penggunaan bahasa rojak
sudah menjadi amalan di kalangan rakyat Malaysia. Akhir-akhir ini, kebanyakan
rakyat Malaysia terlalu leka dengan penggunaan bahasa rojak sehinggakan menjadi
kebiasaan bagi mereka untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian mereka tanpa
menghiraukan kesan buruk yang akan berlaku terhadap bahasa kebangsaan kita
iaitu bahasa Malaysia. Kita sebagai pelajar khususnya rakyat Malaysia seharusnya
menjaga atau menyanjungi bahasa ibunda kita sendiri, kerana kalau tidak kita
yang memeliharanya, siapa lagi yang seharusnya menjaga bahasa kebangsaan yang
menjadi kebanggaan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu.
Pada tahun 2020, Malaysia
dijangka menjadi sebuah Negara yang maju, meninggalkan statusnya sebagai sebuah
Negara yang membangun. Espek pembangunan ini banyak bersandarkan kepada
perkembangan fizikan dan terlalu sedikit kepada asas-asas jiwa dan penjiwaan
kualiti hidup dan jati diri bangsa yang sejak kebelakangan ini mempunyai banyak
persaingan daripada pengaruh luar seperti pengaruh barat dan sebagainya.
Unsur-unsur ini tidak semestinya membina jati diri atau bangsa yang
dikehendaki kerana proses yang ada pada masa itu adalah proses yang paling
sesuai yang dipanggil osmosis, merujuk nilai kuat lagi berpengaruh menyedut
nilai lemah yang kurang berpengaruh. Salah satu yang bakal disebut melalui
proses osmosis itu nanti ialah menerusi mencabulan bahasa, kebudayaan dan cara
hidup yang mencorakkan sifat kemelayuan mereka.
Menurut Kamus Pelajar, melestarikan bermakna membiarkan atau memelihara
sesuatu supaya kekal seperti sediakala. Sejak kebelakangan ini, ramai orang
malu untuk menggunakan bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Melayu. Ini menjejaskan
imej negara kita kerana Bahasa Melayu adalah bahasa nasional kita.
KESAN PENGGUNAAN BAHASA ROJAK
Gejala bahasa rojak
sememangnya meninggalkan impak negatif yang semakin ketara. Antara impak
penggunaan bahasa rojak ialah melahirkan genarasi muda yang tidak menguasai
bahasa Melayu dengan betul sepenuhnya. Fenomena ini akan memperlihatkan situasi
masyarakat yang tidak menyusun perkara yang mahu diungkapkan dengan matang dan
seolah-olah kelihatan tidak serius. Impaknya, gejala ini secara tidak langsung
akan menghakis ketulenan bahasa Melayu secara perlahan-lahan dalam kalangan
masyarakat.
- Menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik.
- Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.
- Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.
- Menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.
- Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang. Bahasa Melayu adalah warisan karya yang menandai ketinggian pemikiran dan estetika bangsa kita.
negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik
- Menurunkan kedudukan bahasa Melayu.
- Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.
- Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.
- Pembelajaran dalam bahasa Melayu di sekolah terjejas sehingga mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.
- Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang.
PERANAN
PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN KEMBALI BAHASA MALAYSIA YANG BETUL.
Salah satu langkah yang
harus dilakukan ialah mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi perlu memainkan
peranan yang proaktif untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini demikian
kerana mahasiswa perlu bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Malaysia
dalam semua bidang ilmu. Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Timbalan Menteri
Pelajaran, beliau mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh
mahasiswa ialah dengan menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia di institusi
pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan memupuk
kecintaan orang ramai terhadap bahasa Malaysia. Pembabitan mahasiswa yang peka
terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras dengan peranan mahasiswa
sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut diberikan pujian. Minggu Bahasa
Malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat mendaulatkan bahasa ibunda di
samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Malaysia dalam kalangan generasi masa
ini.
Sebagai seorang pelajar,
antara cara-cara lain yang boleh kita lakukan untuk memartabatkan kembali
bahasa Malaysia yang betul adalah dengan pendekatan kita sendiri sebagai
individu yang mampu berkomunikasi dalam bahasa melayu yang betul tanpa ada
sebarang campuran bahasa lain di sekolah mahupun dirumah. Dengan itu, kita
dapat menunjukkan bangganya kita
terhadap bahasa kebangsaan kita. Kita juga harus menunjuk minat kita terhadap Bahasa
Melayu dan sering melibatkan diri kita dalam aktiviti bahasa di rumah. Manakala
jika di sekolah kita sebagai seorang pelajar harus berani dalam melibatkan diri
dalam aktivit Bahasa. Misalanya aktiviti berpidato,berdebat dan juga bercerita.
Seterusnya, kita boleh melibatkan diri dalam komuniti seperti di sekolah atau
badan-badan lain yang relevan. Contohnya di sekolah, kita boleh menimbulkan
kesedaran tentang keistimewaan Bahasa Melayu dan bagaimana ia melambangkan jati
diri Bahasa Melayu di dalam kelas. Kita juga perlulah mencadangkan program yang
mampu memupuk minat berbahasa dalam diri pelajar. Contohnya, mengadakan bengkel
Bahasa dan hari Bahasa. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga memainkan
peranan penting dalam memupuk minat dalam berbahasa. Misalnya dengan mengadakan
perbincangan secara berkumpulan.
Di samping itu, peranan
pelajar dalam memartabatkan bahasa Malaysia ialah dengan memberi dorongan
kepada pelajar antarabangsa untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang
kepentingan bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian. Hal ini sekaligus dapat
membantu Malaysia dalam meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dan secara tidak
langsung,imej negara kita dipandang gah di persada dunia.
Akhir sekali, kita sebagai pelajar perlu rajin mempelajari bahasa Melayu
kerana ia merupakan satu-satunya bahasa yang menyatukan rakyat yang berbilang
kaum di negara ini. Pelajar boleh menyemai minat dalam mempelajari bahasa
Melayu melalui pelbagai cara yang berkesan seperti mendengar lagu Melayu. Di
sekolah, pelajar boleh menimbulkan kesedaran tentang keistimewaan bahasa Melayu
dan bagaimana ia melambangkan jati diri bahasa Melayu di kelas. Para pelajar
boleh menjalankan program-program yang berkaitan dengan bahasa Melayu seperti
bengkel mempromosikan bahasa Melayu dan kempen kesedaran tentang kepentingan
bahasa Melayu. Aktiviti-aktiviti ini tentu dapat membantu para pelajar
memartabatkan bahasa Melayu.
KESIMPULAN
Konklusinya,usaha-usaha yang
konkrit dan berterusan perlulah diambil oleh mahasiswa untuk memartabatkan
bahasa Malaysia. Individu haruslah memanfaatkan masa mereka untuk mempelajari
dan menguasai bahasa Malayu dengan baik. Oleh itu,semua pihak haruslah bersatu
tenaga untuk memartabatkan darjat bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam
semua urusan harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan.
Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan
mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan bahasa Malaysia untuk
membawa kita ke mata dunia. Natijahnya,marilah kita berpijak di bumi yang nyata
dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal dan 'tak lapuk dek hujan,tak
lekang dek panas'.
LAMPIRAN
RUJUKAN
PENSYARAH: MOHD NOOR ZAIDI BIN ZAWAWI
AHLI
KUMPULAN: ·
WAN MUHAMMAD SAFWAN NIZAM BIN WAN ABD RAHIM
(02DSB15F1042)
·
TUAN MOHAMMAD ASHROF BIN T MOHD TARMIZI (02DSB15F1016)
·
MUHAMMAD ABDUL HANAN BIN MAZLAN (02DSB15F1025)
·
MOHD RIDHWAN BIN MOHD HIDZIR (02DSB15F1032)
·
MOHAMAD ARIF ASYRAF BIN GHAZALI (02DSB15F1036)